Laporan Program Teknik Menjawab Prinsip Perakaunan SPM 2013
Program Teknik Menjawab Prinsip Perakaunan SPM 2013 telah dijalankan pada 9 Mac 2013 mulai jam 10.00 hingga 12.50 petang di Bilik Tayang 1 PSS, SMK Seri Bemban. Program ini telah dijalankan bagi 28 orang pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan 5PA. Penceramah jemputan ialah En Azahari bin Mohd Yatim dari SMK Bukit Rambai, Melaka.
Berikut ialah gambar semasa program teknik menjawab Prinsip Perakaunan dijalankan.